Penduduk membersihkan peralatan rumah mereka selepas digenangi banjir di Kampung Pimping.
Penduduk membersihkan peralatan rumah mereka selepas digenangi banjir di Kampung Pimping.

Beaufort: Keadaan banjir di beberapa daerah di negeri ini semakin pulih dan semua pusat penempatan sementara (PPS) banjir di Beaufort ditutup sepenuhnya, tengah hari semalam.

Pegawai Daerah Mohd Shaid Othman berkata, sehingga jam 12.30 tengah hari semalam, Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong menjadi PPS terakhir yang ditutup di daerah ini selepas 58 mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Semalam (kelmarin), 368 daripada 100 keluarga mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Kampung Kukut, Kampung Suasa, Sri Dayang Lumadan dan SMK Gadong,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dengan penutupan semua PPS di Beaufort tengah hari semalam, menyaksikan hanya Membakut, daerah yang masih terjejas akibat bencana banjir.

Sehingga jam 5 petang semalam, 594 mangsa daripada 169 keluarga masih ditempatkan di dua PPS SMK Saga-Saga dan Dewan Serbaguna Membakut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 7:29 AM