DAERAH Tongod yang dilanda gempa bumi lemah hari ini. FOTO  ihsan MetMalaysia
DAERAH Tongod yang dilanda gempa bumi lemah hari ini. FOTO ihsan MetMalaysia
Hazsyah Abdul Rahman


GEMPA bumi lemah bermagnitud 3.6 dikesan di Tongod, Sabah, 8.40 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ia dikesan pada kedudukan 5.3 Utara dan 117.3 Timur pada kedalaman 10 kilometer.

"Gegaran mungkin dirasai di sekitar Tongod," kata kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 January 2018 @ 10:11 AM