Nora Danish. FOTO Aziah Azmee
Nora Danish. FOTO Aziah Azmee
Syafil Syazwan Jefri


Pelakon, Nora Danish, 35, memilih untuk merahsiakan jantina bayi dalam kandungannya yang kini sudah tujuh bulan.

“Saya dan suami memilih untuk merahsiakan jantina bayi kami. Memang kami merancang sejak awal dan ingin memberi kejutan kepada semua, menjelang hari kelahiran nanti,” katanya kepada Harian Metro.

Nora ketika ditemui juga memaklumkan, jantina bayinya hanya diketahui oleh keluarga dan kenalan terdekat sahaja.

Tambah Nora, dia dan suami sudah melakukan persiapan untuk menyambut kelahiran bayi itu yang dijangka pada 9 Mac.

“Barang persiapan sudah disiapkan. Tak terlalu banyak, tapi secara sederhana. Kalau seperti jangkaan doktor, maka tarikh lahirnya tak jauh dari saya kerana tarikh lahir saya lada 7 Mac,”€ katanya.

Ini adalah kehamilan pertama hasil perkahwinan Nora dengan suami, Nedim Nazri Aziz, 34, pada 30 Mac 2017.

Selain itu, Nora juga memiliki cahaya mata sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 8, hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas suami, Rizal Ashram.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Disember 2017 @ 4:50 PM