REMAJA dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah bersama barangan yang dirampas. FOTO ihsan Polis
REMAJA dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah bersama barangan yang dirampas. FOTO ihsan Polis
Helmy Abd Rahman


REMAJA lelaki yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 lalu, diberkas polis hari ini kerana dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah guru di Kampung Amir, Kampung Raja, Besut, semalam.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari semalam, mangsa yang berusia 46 tahun terkejut apabila mendapati kediamannya berselerak dan kehilangan beberpa barangan dengan nilai keseluruhan sekitar RM3,000.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa sebelum itu dimaklumkan anak lelakinya mengenai keadaan rumah mereka seperti dipecah masuk.

"Antara barangan yang hilang termasuk wang tunai kira-kira RM1,000, kamera, komponen motosikal tulin, rim tayar motor dan satu unit telefon pintar ," katanya, hari ini.

Menurutnya, susulan laporan dibuat mangsa, polis mengesan dan menahan suspek di kawasan perumahan sama, tidak sampai 24 jam selepas laporan dibuat.

"Polis turut merampas barang kes iaitu satu set komponen motosikal warna hitam dan merah; dua sport rim warna hitam, dua kamera serta satu unit lampu tinggi.

"Suspek berusia 17 tahun ialah lepasan SPM tahun ini yang berusia 17 tahun dan bekerja sendiri," katanya.

caption:

1. Antara barangan yang dirampas polis

2. Suspek berusia 17 tahun yang ditangkap kerana dipercayai terbabit dalam kes pecah rumah (tolong blur muka suspek) Foto ihsan polis

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Disember 2017 @ 2:36 PM