JAMIL (tiga kiri) merasmikan Restoran McDonald's Bukit Bintang. Turut sama Kamal (kiri), Abdulrahman dan Azmir (kanan). FOTO Rohanis Shukri
JAMIL (tiga kiri) merasmikan Restoran McDonald's Bukit Bintang. Turut sama Kamal (kiri), Abdulrahman dan Azmir (kanan). FOTO Rohanis Shukri
Nabil Basaruddin


MCDONALD’S Malaysia memodenkan pengalaman restoran di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur untuk pelanggannya dan turut memperkenalkan dan wajah baru restoran, hari ini.

Pengarah Urusannya, Azmir Jaafar berkata, restoran berkenaan yang juga francais pertama McDonald's di Malaysia yang dibuka 35 tahun lalu itu menerima pembaharuan seperti reka bentuk kontemporari dan minimalis.

"Kami menyediakan kiosk layan diri, papan menu digital, transaksi tanpa tunai dan perkhidmatan dua jenis kaunter tempahan yang akan memudahkan pelanggan membuat tempahan di restoran ini," katanya.

"Di McDonald's, kami meletakkan pengalaman pelanggan sebagai keutamaan dengan menyediakan makanan berkualiti di samping persekitaran moden dan selesa,” katanya pada majlis pelancaran wajah baru McDonald's Bukit Bintang di Kuala Lumpur, hari ini.

JAMIL (dua kiri) merasmikan Restoran McDonald's Bukit Bintang. Turut sama Kamal (kiri), Abdulrahman dan Azmir (kanan). FOTO Rohanis Shukri
JAMIL (dua kiri) merasmikan Restoran McDonald's Bukit Bintang. Turut sama Kamal (kiri), Abdulrahman dan Azmir (kanan). FOTO Rohanis Shukri

Beliau berkata, paling menarik papan tanda gergasi 'Golden Arches' bakal menjadikan McDonald's Bukit Bintang sebagai lokasi ikonik dan menarik perhatian orang ramai serta pelancong di kawasan sekitar.

Restoran itu dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh dan turut sama Pengarah Lionhorn Pte Ltd, Kamal Almana dan Pengurus Besar Reza Food Services Co Ltd (RFS), Abdulrahman Alireza.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2017 @ 12:53 PM