Isma Yusmey (kiri sekali) bersama ahli keluarga di HRPZ II. (Gambar kecil) Arwah Che Isah @ Che Mariam Che Mamat, 69. FOTO Rosliza Mohamed.
Isma Yusmey (kiri sekali) bersama ahli keluarga di HRPZ II. (Gambar kecil) Arwah Che Isah @ Che Mariam Che Mamat, 69. FOTO Rosliza Mohamed.
Rosliza Mohamed


IBU kepada Ketua Biro Harian Metro Terengganu Isma Yusmey Ismail, Che Isah @ Che Mariam Che Mamat, 69, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan akibat penyakit paru-paru kronik, jam 9.45 pagi hari ini.

Isma Yusmey berkata, arwah ibunya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Wad Temenggung, HRPZ II pada Jumaat lalu selepas kritikal.

“Malam tadi, saya pulang dari Kuala Lumpur selepas dimaklumkan keadaan emak semakin tenat dan saya sempat bertemunya di hospital.

“Jenazah arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Mengkaji, Peringat selepas solat Asar hari ini,” katanya ditemui di HRPZ II.

Arwah meninggalkan suami, Ismail Yusof, 70, tiga anak dan enam cucu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2017 @ 1:06 PM