GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Zairee Mohd Yasak

TINDAKAN mengesan punca, mengawasi serta mengumpul spesimen akan segera dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan sembilan mangsa wabak kepialu dikesan di Long Sibau, Belaga, Sarawak, semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, semua mangsa berusia lima hingga 56 tahun itu sudah menjalani ujian darah.

"Usaha juga dijalankan bagi mengesan punca wabak sama ada akibat pencemaran air atau makanan. Kita juga menjalankan pengawasan ke atas kes baru.

"Laporan terkini akan dikeluarkan Pengarah Kesihatan dari masa ke semasa," katanya, selepas melancarkan buku Melaka Chitties di Kampung Chetti, Gajah Berang, Melaka, hari ini.

(DARI KANAN) Kanak-kanak Kampung Chitty, Chiccolyn Hoo Pei Ching, 11; Krishma Thanaraj, 16; dan Kishinii Thanaraj, 12, menunjukkan buku ‘The Melaka Chitties’ pada majlis pelancaran di Kampung Chitty, Gajah Berang. FOTO Muhammad Zuhairi Zuber

Menurut beliau, 375 spesimen sudah diperoleh dan sembilan didapati positif manakala 29 masih menunggu keputusan makmal.

Beliau berkata, pasukan petugas khas bagi pengesan kes aktif wabak itu sudah melawat 27 kawasan di lokasi terbabit terutamanya di tiga kampung di Long Sibau dan kawasan yang ada kaitan epidemik.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 November 2017 @ 10:52 PM