Resebalingam
Resebalingam
Mohd Hasbi Sidek


Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes penipuan.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, T Resebalingam, 59, diburu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Alamat asal lelaki terbabit adalah di No 214, Bukit Ledang, Kampung Srirusa, Port Dickson, Negeri Sembilan.

“Manakala alamat terakhirnya di A-23-3 The Maple Persiaran Parkview, Jalan Ipoh, di sini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali individu itu diminta menghubungi pegawai penyiasat (IO) Asisten Superintendan Haryanti Che Mat di talian 03-80742222 atau 017-9839217.

“Maklumat turut boleh disalurkan kepada Inspektor Meor Muhamad Meor Shamsudin di talian 03-807422298 atau 019- 4665600. Kedua-duanya dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serdang.

“Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat juga boleh menghubungi balai polis berhampiran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 November 2017 @ 5:50 AM