Mohamad Rosidi dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
Mohamad Rosidi dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
Oleh Salman Hamat

Butterworth: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam atas dua pertuduhan berasingan, memiliki sebutir bom tangan dan dadah, pada bulan lalu.

Tertuduh Mohamad Rosidi Othman, 36, menggelengkan kepala sebagai isyarat tidak bersalah ketika pertuduhan memiliki bom tangan itu dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mohamad Rosidi yang memakai baju warna biru dan berseluar pendek yang berada dalam kandang tertuduh kelihatan tenang ketika mendengar pertuduhan dibacakan terhadap dirinya.

Dia didakwa memiliki sebutir bom tangan dan kesalahan itu dilakukan di alamat SB 479, Mk 19, Kampung Tun Sardon, Seberang Perai Tengah (SPT) Bukit Mertajam, jam 8.45 pagi, pada 29 Januari lalu.

Ia adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 8, Akta Senjata api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga 14 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Februari 2015 @ 10:27 AM