Bomba tangkap ular sawa di rumah seorang penduduk di Batu Gajah. Foto Ihsan Bomba
Bomba tangkap ular sawa di rumah seorang penduduk di Batu Gajah. Foto Ihsan Bomba
Razif Rosli


Tindakan pantas anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang empat meter di rumah seorang penduduk di Jalan Bunga Lili, Taman Mutiara, Batu Gajah di sini, malam tadi.

Ketua Operasinya, Pegawai Bomba Kanan I Zainal Wok berkata, pihaknya menerima panggilan 10.24 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba anggota mendapati reptilia itu berlingkar di bawah almari dalam sebuah stor di luar rumah pemanggil.

"Kita menggunakan peralatan khas dan berjaya menangkap ular terbabit serta dimasukkan ke dalam sangkar. Operasi tamat pada 11.03 malam," katanya.

Beliau berkata, ular sawa itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)negeri untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 November 2017 @ 2:48 PM