Kalidevi Mogan Kumarappa


Datuk Seri yang menghadapi empat pertuduhan menyebabkan cedera parah dan menyerang tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ditahan semula di Mahkamah Majistret Ampang kira - kira 5 petang, hari ini.

Ahli perniagaan berusia 29 tahun itu baru selesai membayar jamin berjumlah RM17,000 atas empat pertuduhan ke atasnya sebelum ditahan semula atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan pada tahun 2014.

Liow Soon Hee ditahan semula oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dari Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi.

Selepas ditahan semula, Soon Hee dibawa menaiki kenderaan MPV polis, meninggalkan kompleks mahkamah untuk di bawa ke IPD Dang Wangi.

Terdahulu, Soon Hee dibenarkan ikat jamin selepas mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan itu dihadapan Hakim Azrul Darus sementara menunggu sebutan semula kes pada 14 Disember ini untuk semula kes.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan semula Soon Hee.

"Soon Hee dikehendaki berhubung kes penyalahgunaan dadah pada tahun 2014.

"Dia akan direman esok sebelum didakwa di mahkamah Isnin depan," katanya.

Berita berkaitan

Datuk Seri didakwa empat tuduhan

Positif dadah pula

Datuk Seri direman empat hari [METROTV]

Nak sogok RELA pula

Tahniah kerana kekal profesional

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 November 2017 @ 9:19 PM