Porsche 944 yang terbakar di Jalan Padu Mutiara Kemuning, Seksyen 25, hari ini. FOTO ihsan bomba
Porsche 944 yang terbakar di Jalan Padu Mutiara Kemuning, Seksyen 25, hari ini. FOTO ihsan bomba
Faliq Lajim


KERETA Porsche dipandu seorang lelaki musnah terbakar di Jalan Padu Mutiara Kemuning, Seksyen 25, Shah Alam, pada 7.35 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kejadian disedari pemandu kereta berkenaan yang menyedari kelajuan keretanya itu makin berkurangan sebelum terlihat asap dari arah enjin.

"Pemandu berusia 44 tahun itu kemudian memberhentikan keretanya di bahu jalan dan bertindak menghubungi bomba pada 7.40 pagi untuk tindakan lanjut.

"Sejurus anggota bomba tiba di lokasi kejadian terdapat sebuah kereta jenis Porsche Model 944

terbakar dan operasi memadamkan api mengambil masa selama 20 minit," katanya.

Menurutnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Oktober 2017 @ 1:45 PM