CHEK Pah bersama Mohamed Adam Mikael.
CHEK Pah bersama Mohamed Adam Mikael.
Mohd Wahyuddin Jamil Khair

Kuala Lumpur: Seorang pesara kerajaan mencari ibu kandung kepada anak angkatnya bagi menguruskan pendaftaran surat beranak dan proses pengambilan anak angkat.

Menurut Chek Pah Nazari, 64, dari Taman Sejahtera, di sini, ibu kandung kepada anak angkatnya, Mohamed Adam Mikael yang kini berusia empat tahun dikenali sebagai Artina berasal dari Indonesia berjanji datang semula untuk menguruskan dokumen itu.

“Artina berjanji datang semula bagi menguruskan segala dokumen yang diperlukan untuk memudahkan saya mengambil Adam sebagai anak angkat.

“Saya cuba mencarinya selepas beberapa bulan dia tinggalkan anaknya, namun gagal,” katanya ketika ditemui di Balai Berita Bangsar, di sini, semalam.

Orang ramai yang ada maklumat mengenai ibu kandung atau waris kanak-kanak itu boleh menghubungi Chek Pah di 013-2935972.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Oktober 2017 @ 11:03 AM