Harun Yahya


LELAKI ditahan polis kerana didakwa mencabul kehormatan cucu saudaranya di sebuah rumah di Sungai Bidut, Sibu, Sarawak.

Suspek berusia 53 tahun itu didakwa mencabul kehormatan remaja perempuan berusia 13 tahun kira-kira 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zailani Amit berkata, kejadian berlaku ketika mangsa ditinggalkan sementara di rumah berikutan ibunya keluar membeli barangan dapur.

Menurutnya, suspek kemudian muncul sebelum menarik mangsa masuk ke bilik dan mengunci pintu.

“Mangsa cuba melawan namun suspek menolaknya ke atas katil sebelum menanggalkan seluar mangsa.

"Mangsa bagaimanapun berjaya menendang suspek hingga terjatuh menyebabkan lelaki itu bergegas melarikan diri,” katanya.

Perbuatan itu diketahui ibu mangsa selepas melihat anaknya menangis.

“Susulan laporan polis diterima, sepasukan polis menahan suspek di rumahnya di kawasan sama tidak lama kemudian.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Oktober 2017 @ 11:48 AM