DR Subramanian menyerahkan sumbangan sempena Deepavali, semalam.
DR Subramanian menyerahkan sumbangan sempena Deepavali, semalam.

Melaka: Kementerian Kesihatan menyediakan pasukan perubatan untuk berkhidmat di hospital medan yang akan dibina di kem pelarian Rohingya di Kutupalong, Bangladesh.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, pasukan itu dianggotai doktor pakar, pegawai perubatan serta pembantu kesihatan yang dibantu beberapa doktor Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Kita bersiap sedia dengan kakitangan dan pakar, cuma tunggu waktu sesuai serta lampu hijau daripada kerajaan Bangladesh untuk kita pergi ke sana.

“Ini misi kemanusiaan dan kerajaan Malaysia terpanggil membantu etnik Rohingya mengikut kemampuan,” katanya selepas menyampaikan sumbangan Deepavali anjuran MIC negeri
di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Kubu,
di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa hospital medan bernilai RM3.5 juta akan dibina di kem pelarian Kutupalong bagi memberi rawatan kesihatan kepada pelarian Rohingya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Oktober 2017 @ 6:07 AM