BOMBA membantu mengeluarkan kaki kanan budak itu yang tersangkut di dalam lubang tandas.
BOMBA membantu mengeluarkan kaki kanan budak itu yang tersangkut di dalam lubang tandas.
Raja Noraina Raja Rahim


Kajang: Budak lelaki terpaksa menanggung derita kira-kira sejam apabila kaki kanannya tersangkut di dalam lubang tandas rumahnya di sebuah apartmen di Balakong di sini, malam tadi.

Kejadian dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor pada 8.36 malam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lima pegawai dan anggota segera ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

"Bomba mendapati kejadian membabitkan kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang kaki kanannya tersangkut di dalam lubang tandas.

"Kerja mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit dilakukan oleh anggota dan dikeluarkan pada 9.11 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada keluarga untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 September 2023 @ 7:39 AM