Peralatan menghisap syabu dan syabu yang dirampas. FOTO ihsan PDRM
Peralatan menghisap syabu dan syabu yang dirampas. FOTO ihsan PDRM
Nabihah Kamal


TINDAKAN lelaki berusia 32 tahun yang melarikan diri ketika sekatan jalan raya di Jalan Kuching, Sabtu lalu membongkar rahsia dia adalah penagih dadah.

Dalam sekatan pada 11.55 malam, pemuda itu memecut motosikalnya sebelum dikejar anggota Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

Ketua JSPT Kuala Lumpur Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain berkata, suspek melawan ketika ditahan.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek menjumpai barang yang dipercayai digunakan untuk menghisap syabu.

“Turut dijumpai sepaket serbuk kristal disyaki syabu yang disimpan dalam beg galas suspek," katanya.

Menurutnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. 

 

 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2017 @ 12:20 AM