Kebakaran rumah di Jalan Tembusu 1, Taman Impian Ehsan, Kajang yang menyebabkan wanita sarat mengandung dan adik iparnya melecur. FOTO ihsan bomba
Kebakaran rumah di Jalan Tembusu 1, Taman Impian Ehsan, Kajang yang menyebabkan wanita sarat mengandung dan adik iparnya melecur. FOTO ihsan bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


WANITA sarat mengandung lapan bulan melecur di tangan dan badan, manakala adik iparnya turut melecur di tangan dan badan selepas rumah mereka di Jalan Tembusu 1, Taman Impian Ehsan, Kajang terbakar, semalam.

Dalam kejadian 9 malam, Norhafiza Muhamad, 26 dan adik iparnya, Muhd Firdaus Hanafi, 22, diselamatkan jiran mereka.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kajang Mohd Jaslizad Jalil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.05 malam.

"Seramai 21 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Serdang dan BBP Bangi dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati api sedang marak di bahagian ruang tamu rumah berkenaan," katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa yang cedera akibat melecur di tangan dan badan dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut," katanya.

Katanya, punca kebakaran masih dalam siasatan.

 

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2017 @ 2:24 AM