Antara jemaah masjid yang ditahan anggota Special Tactical Response & Investigation Key Enforcers (STRIKE) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk pemeriksaan dadah
Antara jemaah masjid yang ditahan anggota Special Tactical Response & Investigation Key Enforcers (STRIKE) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk pemeriksaan dadah
Mohd Jamilul Anbia Md Denin


MASJID yang menjadi lokasi beribadat sebaliknya dicemari dengan kegiatan penagihan dadah syabu dan morfin.

Itu antara aktiviti sulit segelintir jemaah sebuah masjid di Sri Petaling di sini, yang dibongkar

pasukan Special Tactical Response & Investigation Key Enforcers (STRIKE) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) awal pagi semalam.

Difahamkan operasi khas itu dilakukan selepas pihak AADK menerima aduan pihak pengurusan masjid yang bimbang masjid itu menjadi sarang penagih dadah berkumpul.

Kegiatan itu sekaligus boleh menjejaskan imej masjid berkenaan yang terkenal dengan pelbagai program keagamaan.

Dalam operasi bermula jam 1 pagi itu, seramai 20 individu diperiksa selepas disyaki menagih dadah di kawasan sekitar masjid itu.

Hasil pemeriksaan, dua jemaah masjid yang diarah menjalani ujian air kencing oleh anggota STRIKE disahkan positif mengambil morfin dan syabu.

Siasatan mendapati individu ditahan itu adalah kumpulan sukarelawan yang turut menjadi tukang masak di masjid sama.

Pemeriksaan anggota STRIKE turut menemui pondok kecil dibina berhampiran longkang masjid yang dijadikan `sarang’ untuk penagih melepaskan ketagihan.

Individu yang diberkas itu kemudian ditahan untuk siasatan mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2017 @ 8:47 PM