Jenazah yang tiba di Surau Madrasah Islamiah Hospital Kuala Lumpur untuk pengurusan jenazah susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Jenazah yang tiba di Surau Madrasah Islamiah Hospital Kuala Lumpur untuk pengurusan jenazah susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Asmah RusmanSuraya Roslan dan Nurul Hidayah Bahaudin dan Asrizal Aris


SEMUA 23 jenazah yang terkorban dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat, Kuala Lumpur, ditayamum, dimandikan dan dikafankan di Surau Madrasah Islamiah Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Difahamkan, 21 jenazah diuruskan dengan teknik tayamum manakala dua lagi dimandikan seperti biasa.

Terdahulu, semua jenazah menjalani proses padanan DNA ahli keluarga dan pengecaman di Institut Perubatan Forensik Negara HKL.

Jenazah 23 mangsa dibawa keluar dari Institut Perubatan Forensik HKL ke surau berkenaan secara berperingkat bermula kira-kira jam 4 petang hingga 6 petang.

Jenazah kemudian disembahyangkan di surau berkenaan secara berperingkat.

Peringkat pertama solat jenazah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat.

Jenazah seterusnya dibawa keluar dengan menggunakan van jenazah ke tanah perkuburan masing-masing yang sudah ditetapkan.

Difahamkan 12 jenazah mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves, Selangor, tiga jenazah di Jalan Ampang dan masing-masing satu jenazah di Taman Kosas, Datuk Keramat, Jalan Klang Lama dan Bukit Kuari, Kuala Lumpur.

Empat lagi jenazah dihantar ke kampung halaman masing-masing di Paroi Jaya, Negeri Sembilan, Pengkalan Kubur, Kelantan, Sungkai, Perak dan Kedah.

Berita berkaitan

Cari petunjuk daripada rakaman CCTV

Jenazah mula dibawa ke Masjid HKL

Solat jenazah di Masjid HKL

PERKASA bantu waris #DarulIttifaqiyah

12 sahabat di Raudhatul Sakinah

Semua waris dah serah DNA

Ramai datang hulur bantuan

'Satu laluan keluar saja' kata bomba

Berubah tertib masuk tahfiz

2 tong gas timbulkan tanda tanya

Pilu mereka jerit "panas, panas...api, api"

Tiada bahan kimia ditemui

Peluk cium pipi berulang kali

Dah dapat rasa adik nak pergi

Bagaimana nak mati syahid [METROTV]

Air mata tumpah [METROTV]

Sultan Selangor zahir ucapan takziah

Pengetua Pondok Pak Ya simpati

Bomba ambil alih bangunan tahfiz

Gurauan terakhir di Facebook

Azan penenang roh [METROTV]

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Tiada sijil layak menduduki

Mufti Pahang: Semuanya syahid akhirat

Tiada sijil layak menduduki

Proses pengecaman ambil sedikit masa [METROTV]

Azan penenang roh [METROTV]

Gurauan terakhir di Facebook

Suami baru dinikahi juga terkorban

Kedah ucap takziah

Henti sebar foto jenazah

Doakan anak saya

Gerak hati bapa

'Tiada kompromi soal nyawa'

Pantau elak tragedi berulang

MAIWP bantu urus jenazah

PM zahir rasa sedih

Litar pintas dipercayai punca kebakaran [METROTV]

'Tujuh sahaja sempat turun'

'Mahu tolong ibu ayah ke syurga Firdaus' [METROTV]

Nekad turun dengan tujuh rakan

'Tolong bang...tolong bang' [METROTV]

Ya Allah, 24 semuanya terkorban

Api menjulang ketika azan subuh

20 maut, 3 kritikal, 2 separa kritikal

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 September 2017 @ 7:17 PM