FOTO Hazsyah Abdul Rahman
FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman


DUA maut manakala empat cedera, dua daripadanya parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Jalan Ranau-Telupid, dekat Kampung Wonod, Telupid.

Bagaimanapun, identiti semua mangsa masih belum diperoleh.

Difahamkan, Proton Saga FLX dinaiki lima individu terbabit kemalangan bersama dua pacuan empat roda.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khatizah Rahaban, berkata dua mangsa dalam Proton Saga FLX dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Dua individu lagi daripada kenderaan sama parah manakala seorang cedera. Seorang mangsa menaiki Nissan Navara turut cedera.

“Individu menaiki Ford Ranger tidak cedera,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Khatizah berkata, mayat mangsa dihantar di Hospital Beluran dan sebahagian mangsa cedera dikejar ke Hospital Ranau.

"Terdahulu, kami menerima panggilan kecemasan pada 7.45 malam tadi.

“Tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau dikejar ke lokasi kejadian dengan sebuah jentera serta sebuah ambulans bomba." katanya.

Katanya, operasi berakhir pada 9.45 malam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 September 2017 @ 8:08 AM