ANGGOTA bomba memeriksa keadaan enjin bas yang terbakar.
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan enjin bas yang terbakar.
Zairee Mohd Yasak


Melaka: Jeritan seorang pemandu teksi menyelamatkan sebuah bas antara bandar daripada hangus dalam kebakaran di Terminal Melaka Sentral, di sini, kelmarin.

Difahamkan, 20 peratus bahagian enjin bas bagi laluan antara Bandar Melaka dan Masjid Tanah itu rosak dalam kejadian jam 11.25 malam itu.

Pemandu teksi, Arshad Maha Pob, 50, berkata, kebakaran itu disedari selepas dua penumpang bas ekspres yang baru menggunakan tandas berhampiran bas terbabit memaklumkan kejadian itu kepadanya.

“Saya segera menjerit memberitahu orang awam berhampiran agar memaklumkan kepada pihak bomba, sementara saya dan beberapa pemandu teski lain cuba memadam kebakaran itu.

“Mujur pasukan bomba cepat sampai ke tempat kejadian kerana api kembali menyala selepas dipadam menggunakan alat pemadam api,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 7:43 AM