LELAKI warga China ditemui mati dibawa ke hospital.
LELAKI warga China ditemui mati dibawa ke hospital.
HM Digital

Kuching: Seorang lelaki warga China ditemui mati dipercayai akibat masalah kesihatan di sebuah bilik hotel di Jalan Tun Jugah, di sini, jam 1.30 tengah hari semalam.

Mayat lelaki dikenali sebagai Wei Wei, 57, ditemui pekerja hotel ketika membuat pemeriksaan di bilik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, mangsa ditemui terbaring di lantai bilik berkenaan dengan mulutnya ada kesan teh herba.

“Pasukan perubatan mengesahkan lelaki itu sudah meninggal dunia. Mangsa berasal dari Xin Jiang dan mendaftar masuk di hotel ini, 28 Ogos lalu.

“Pemeriksaan mendapati tiada sebarang unsur jenayah malah bilik dihuninya kemas dan teratur,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, ada sisa muntah pada bantal mangsa dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa mati akibat masalah kesihatan namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Pasport, telefon bimbit dan dompet mangsa ada dalam begnya. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 September 2017 @ 10:00 AM