Seramai 60 penunggang motosikal dari MPSepang berkonvoi sejauh lebih 330 kilometer (km) sebagai sokongan dan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60. FOTO ihsan MPSepang
Seramai 60 penunggang motosikal dari MPSepang berkonvoi sejauh lebih 330 kilometer (km) sebagai sokongan dan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60. FOTO ihsan MPSepang
Siti A'isyah Sukaimi


SERAMAI 60 penunggang motosikal dari Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) berkonvoi sejauh lebih 330 kilometer (km) sebagai sokongan dan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-60.

Konvoi dua hari yang berakhir hari ini adalah julung kali diadakan oleh MPSepang dan mereka turut singgah di empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri Selangor.

Yang Dipertua MPSepang Datuk Puasa Md Taib berkata, empat PBT itu ialah Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) serta Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

"Selain itu, konvoi ini turut mempromosikan Pesta Pantai di Bagan Lalang, Sepang yang akan diadakan selama dua hari pada 9 dan 10 September akan datang.

"Penganjuran Pesta Pantai ini adalah usaha untuk menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke Pantai Bagan Lalang selain memperkenalkan produk pelancongan yang ada di daerah Sepang," katanya di Cyberjaya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengalu-alukan kehadiran pengunjung pada penganjuran pesta berkenaan memandangkan pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk mereka.

"Turut diadakan pada penganjuran itu ialah silat pantai antarabangsa, bola sepak pantai, larian berhalangan, tarik tali, persembahan artis rempatan (Sakura Band)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2017 @ 6:13 PM