Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

RAKYAT Malaysia dikenali sebagai Ahoi antara dua yang mati ditembak anggota Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia ketika melarikan diri dalam serbuan dadah di Bengkayang, Kalimantan Barat, berhampiran sempadan Malaysia- Indonesia, semalam.

Turut maut, rakannya, lelaki warga Indonesia, manakala dua lelaki warga Indonesia ditahan untuk siasatan lanjut.

Deputi Pemberantasan Narkotika Badan Narkotika Nasional, Inspektor Jeneral Arman Depari berkata, polis menahan sebuah kereta yang dinaiki seorang lelaki tempatan di Bengkayang, menemui 17 bungkus syabu yang diletakkan dalam pek minuman.

"Polis kemudian menahan empat individu lain, termasuk seorang warga Malaysia. Bagaimanapun, ketika pemeriksaan dijalankan, dua lelaki termasuk seorang warga Malaysia melarikan diri dan kita mengejarnya sehingga berlaku pergelutan.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan, menyebabkan suspek parah dan kedua-duanya meninggal dunia dalam perjalanan ke Rumah Sakit Bhayangkara, Kalimantan Barat," katanya.

Katanya, polis merampas 17 kilogram syabu, 18 telefon pintar milik suspek dan dua kereta.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Ogos 2017 @ 6:08 PM
ARMAN Depari menunjukkan sebahagian syabu seberat 17 kilogram yang dirampas dalam serbuan di Bengkayang, Kalimantan Barat, Indonesia, kelmarin. FOTO ihsan Shando Safela
ARMAN Depari menunjukkan sebahagian syabu seberat 17 kilogram yang dirampas dalam serbuan di Bengkayang, Kalimantan Barat, Indonesia, kelmarin. FOTO ihsan Shando Safela