Teerayouth, kru kapal tangki Thailand yang hilang. - Foto Ihsan APMM
Teerayouth, kru kapal tangki Thailand yang hilang. - Foto Ihsan APMM
Iskandar Shah Mohamed


KRU kapal warga Thailand berusia 28 tahun dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut kira-kira 11 batu nautika barat Daya Morib, petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah Kapten Maritim Abu Zaki Mohammad berkata, kapal tangki itu dalam perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Papua New Guinea.

“Pada 7.18 petang semalam, Pusat Operasi Daerah Maritim 4 (DM 4) Selangor menerima maklumat seorang kru warga Thailand tiada dalam kapal yang didaftar di Bangkok, Thailand, selepas kali terakhir dilihat pada 5.30 petang.

“Lelaki itu dikenali sebagai Teerayouth, disyaki terjatuh ke dalam laut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC Johor Bharu) sudah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat 8 malam tadi dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut menggerakkan aset ke lokasi kejadian.

Abu Zaki berkata, operasi masih diteruskan dan sektor pencarian akan diperluas dari lima kepada 10 batu nautika.

“Maklumat mengenai perkembangan operasi itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya memberitahu kapal itu

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Julai 2017 @ 11:09 AM