Empat individu yang ditahan AADK dalam operasi di dua lokasi berasingan di Yan selepas positif dadah. FOTO ihsan AADK
Empat individu yang ditahan AADK dalam operasi di dua lokasi berasingan di Yan selepas positif dadah. FOTO ihsan AADK
Nur Syazwana Mansor


PASANGAN suami isteri dan dua beradik ditahan dalam satu serbuan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang dijalankan di dua lokasi berasingan di Yan, hari ini.

Ketua Pegawai AADK Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata, operasi bermula pada 12 tengah malam sehingga 4 pagi itu membabitkan sepasukan Unit Penguatkuasaan AADK Daerah Yan.

Mohamad berkata, pihaknya menahan suami isteri berusia 20 dan 30 tahun di Kampung Telok Mat Acheh, kerana dadah.

Menurutnya, serbuan kedua di Kampung Batu 18, Guar Chempedak pula menahan dua beradik lelaki berusia 28 dan 37 tahun.

"Mereka yang ditahan dibawa ke pejabat AADK Daerah Yan untuk menjalani ujian saringan air kencing.

"Hasil ujian itu mendapati suami isteri positif dadah opiate manakala pasangan adik beradik itu positif methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Dadah 1983.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Julai 2017 @ 3:24 PM