PESAWAT tempur F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia. FOTO NSTP
PESAWAT tempur F/A-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia. FOTO NSTP
Zulfa Mohamad


PESAWAT tempur FA-18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) masih relevan dan boleh beroperasi sekurang-kurangnya untuk 18 tahun lagi.

Panglima Tentera Udara Jeneral Datuk Seri Affendi Buang, berkata demikian sempena sambutan Ulang Tahun ke20 pesawat itu yang diadakan di No 18 Skuadron Pangkalan Udara Butterworth,di sini.

Terdahulu Affendi tiba di pangkalan udara jam 11.25 pagi menaiki Hornet dipandu Pegawai Pemerintah No 18 Skuadron Kolonel Koey Tang Chai.

Pesawat Hornet adalah pesawat tempur serbaguna buatan Amerika Syarikat mula digunakan pada 1997 selepas diserahkan secara rasmi kepada TUDM.

Ia turut digunakan ketika operasi menangani pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Affendi berkata, selama 20 tahun pesawat Hornet mempunyai nostalgia dalam sistem pertahanan negara dan akan terus relevan bagi tempoh 18 tahun lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2017 @ 1:01 PM