ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa. FOTO ihsan Bomba
Nur Izzati Izzah Nadzi


LELAKI warga Indonesia ditemui lemas, hari ini selepas terjatuh ketika menjala ikan di Sungai Rantau Panjang, Bestari Jaya, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya Sahidallah Osman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 7.37 malam tadi berhubung kes berkenaan.

"Lima anggota bomba diarahkan ke tempat kejadian.

"Sebelum kejadian mangsa menjala ikan bersama dua rakannya namun terjatuh ketika berpatah balik selepas menyeberangi sungai itu.

"Mayat mangsa ditemui anggota bomba pada 3.40 petang tadi tidak jauh dari lokasi," katanya.

Sahidallah berkata, mangsa dikenali sebagai Hartanto, 34.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 Julai 2017 @ 7:32 PM