ZED Zaidi (dua kiri) bersama Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob (tiga kiri) menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan US. FOTO Eizairi Shamsudin
ZED Zaidi (dua kiri) bersama Ketua Pengarah Finas, Datuk Fauzi Ayob (tiga kiri) menunjukkan nombor pendaftaran kenderaan US. FOTO Eizairi Shamsudin
Garret Dawum


PEMINAT nombor pendaftaran khas kini boleh membida plat kenderaan khas Untuk Seniman (US) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN).

Presiden SENIMAN, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata, bidaan akan bermula esok sehingga 20 Ogos ini terbuka kepada umum dan hanya terhad dari US1 hingga US1000.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan nombor kenderaan khas ini dalam membantu Seniman mengumpul dana bagi artis di bawah naungan Seniman yang memerlukan bantuan.

"Ini juga adalah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diberikan oleh JPJ kepada kami untuk melaksanakan program kebajikan, kesukarelawan dan kerjasama artis serta beberapa kempen jalan raya," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Zed Zaidi, peminat atau pembida yang berminat membeli nombor ini boleh mengambil borang bidaan di pejabat Sekretariat Plat US atau boleh memuat turun borang bidaan di www.platus.my.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2017 @ 12:10 PM