Hadzlihady Hassan


SEORANG lelaki dikelar belakang badan dengan pisau ketika cuba melindungi isterinya yang disamun dua penjenayah di Jalan Desiran, Tanjong Tokong, Georgetown, Isnin lalu

Dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa yang berusia 43 tahun dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan menerima 42 jahitan di belakang badannya.

Menurut sumber, isteri mangsa yang juga wanita warga Thailand berniaga secara online dan pasangan terbabit ketika itu mahu bertemu dengan seorang pembeli jam di sebuah restoran.

"Ketika itu, mereka dalam perjalanan masuk ke restoran sebelum dua lelaki tiba-tiba meluru dan menolak si isteri hingga terjatuh.

"Suspek kemudian cuba merampas beg tangan mangsa namun suaminya menghalang membuatkan penjenayah berang dan mengelar belakang badannya menggunakan pisau," katanya.

Sumber berkata, polis kini sedang memburu dua suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Jun 2017 @ 9:44 PM
Mangsa dikelar dengan pisau ketika melindungi isterinya yang disamun dua penjenayah di Jalan Desiran, Tanjong Tokong, Georgetown, Isnin lalu.
Mangsa dikelar dengan pisau ketika melindungi isterinya yang disamun dua penjenayah di Jalan Desiran, Tanjong Tokong, Georgetown, Isnin lalu.