PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis berbuka puasa bersama Ulama dan Umara di Seri Perdana malam ini. FOTO Bernama
PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak berucap pada majlis berbuka puasa bersama Ulama dan Umara di Seri Perdana malam ini. FOTO Bernama
BERNAMA

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu anggota perkhidmatan awam berusaha ke tahap kemampuan maksimum atau melebihi had dan menolak sikap mudah berpuas hati dengan pencapaian yang “lebih kurang atau ok” sahaja.

Mengakui beliau tidak boleh menjadi perdana menteri yang berkesan tanpa perkhidmatan awam yang berkesan, Najib berkata beliau mahu penyelesaian secara kreatif dan inovatif diamalkan untuk mencapai sasaran lonjakan berganda untuk Malaysia.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan peribadi kepada 105 murid dari tiga rumah anak yatim. FOTO Bernama
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor menyampaikan sumbangan peribadi kepada 105 murid dari tiga rumah anak yatim. FOTO Bernama

“Jika kita boleh melaksanakan sesuatu perkara secara kolektif, output (hasil) mesti lebih besar, menyeluruh dan bermakna lagi.

“Kita perlu sentiasa berusaha mencari penyelesaian kreatif dan inovatif,” katanya pada sesi dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam di Kementerian Kewangan di sini, hari ini. Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa menjadi moderator majlis dialog tersebut yang dihadiri kira-kira 1,300 penjawat awam.

Berita berkaitan

Datuk Seri Najib Razak lawat Laman Media di PWTC

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Mei 2017 @ 12:05 PM