Pegawai keselamatan KFA, Shahidan Ladin menunjukkan Piala FA yang dimenangi pasukan bola sepak Kedah. FOTO Amran Hamid
Pegawai keselamatan KFA, Shahidan Ladin menunjukkan Piala FA yang dimenangi pasukan bola sepak Kedah. FOTO Amran Hamid
Aizat Sharif


Habuan durian runtuh sebanyak RM20,000 seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Kedah kepada setiap pemain pasukan negeri itu apabila memenangi Piala FA dijangka akan diberikan selewat-lewatnya Sabtu hadapan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, pihaknya sedang mengatur satu majlis pemain bersama dengan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai meraikan skuad Lang Merah.

“€œInsya-Allah, mungkin sebelum bulan puasa , kita akan mengatur majlis bersama dengan Tuanku Sultan Kedah dan kerabat diraja Kedah yang lain di Istana Anak Bukit sebagai meraikan kejayaan mereka memenangi piala itu.

“€œNamun begitu, kita masih tarikh sesuai kerana pada majlis itu juga, kita bukan sahaja akan adakan jamuan tetapi penyampaian ganjaran yang dijanjikan kepada pemain tempoh hari,” katanya selepas mengiringi ketibaan pulang pasukan berkenaan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, hari ini.

Sementara itu, sekumpulan penyokong yang datang dari pelbagai daerah di Kedah seperti Alor Setar, Kuala Nerang, Pokok Sena, Pendang dan Jitra sudah sedia menunggu ketibaan wira mereka di balai ketibaan lapangan terbang itu sejak jam 2.30 petang walaupun skuad Kedah hanya dijangka akan mendarat di lapangan terbang berkenaan sekitar jam 4 petang.

Kebanyakan penyokong yang hadir mengenakan jersi Hijau Kuning.

Peminat skuad Hijau Kuning yang berkumpul di kawasan itu tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pemain kesayangan mereka pasukan itu seperti pemain import, Liridon Krasniqi, Zachary Michael Anderson dan penyerang, Ken Ilso Larsen dan beberapa pemain tempatan seperti, Mohd Rizal Ghazali dan penjaga gol, Muhd Ifwat Akmal Che Kassim.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Mei 2017 @ 7:35 PM