AHMAD Jazlan (tengah) bersama Exco Penerangan,Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, Datuk Mohd Tajudin Abdullah (lima kiri) beramah mesra selepas majlis penutup. FOTO Amran Hamid
AHMAD Jazlan (tengah) bersama Exco Penerangan,Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, Datuk Mohd Tajudin Abdullah (lima kiri) beramah mesra selepas majlis penutup. FOTO Amran Hamid
Aizat Sharif


PENDEDAHAN terhadap ilmu teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kepada pengurusan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di negara ini mampu memacu pembangunan penduduk luar bandar setanding dengan masyarakat bandar.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pendedahan kepada ilmu ICT ini perlu dalam memastikan penduduk luar bandar tidak ketinggalan dalam arus pembangunan komunikasi yang semakin pesat pada masa kini dan dalam masa yang sama juga mampu mewujudkan peluang pekerjaan di kampung.

“Kita ada melancarkan program Usahawan Belia Pengajian Tinggi Balik Kampung atau dikenali sebagai U2Desa dan menerusi program ini, graduan universiti yang berasal dari kampung akan pulang dan memberi sumbangan idea serta kepakaran melalui kerjasama dengan kepimpinan JKKK bagi memajukan kampung masing-masing.

“Oleh hal demikian, langkah ini juga dapat membangunkan desa menerusi pelan membandarkan luar bandar€™ dan langkah ini bukanlah bermaksud untuk membina bangunan tinggi di kawasan kampung tetapi lebih menjurus kepada kearah kebolehan dan pemikiran masyarakat luar bandar yang setaraf dengan masyarakat bandar” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Sijil Tadbir Urus Desa Institut Kemajuan Desa (INFRA)-UniKL di Alor Setar, hari ini.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah dan Pengarah INFRA, Datuk Rubiyah Abd Rahman.

Gambar: Amran Hamid

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2017 @ 10:13 PM