Ab Rashid (dua dari kanan) melakukan penyerahan Bendera Sang Saka Biru kepada wakil peserta program Eksplorasi Trim & Fit Pendakian Pintu Wang Gunung Sempena Sambutan Hari Polis Ke-210 Kontinjen Perlis 2017 di Mess Pegawai Kanan Polis Perlis. FOTO Hafizudin Mohd Safar

Hafizudin Mohd Safar

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) Perlis tidak akan berkompromi dengan pegawai atau anggota yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana undang-undang termasuk peraturan tatatertib dan jenayah berat.

Ketua Polis Perlis Datuk Ab Rashid Ab Wahab berkata, walaupun setakat ini tidak ada anggota ataupun pegawai yang disabitkan dengan kesalahan tatatertib, namun pihaknya sudah melakukan pemantauan terutamanya beberapa bahagian yang berisiko seperti di kawasan Padang Besar dan Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM).

"Kita sentiasa pantau pegawai dan anggota yang berpotensi melakukan kesalahan tatatertib termasuk kesalahan membabitkan jenayah," katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Eksplorasi Trim & Fit Pendakian Pintu Wang Gunung Sempena Sambutan Hari Polis Ke-210 Kontinjen Perlis 2017 di Sungai Batu Pahat di Perlis, hari ini.

Ab Rashid berkata, bagaimanapun setiap aduan diterima pihaknya berhubung salah laku pegawai polis akan disiasat terlebih dahulu supaya tidak menganiaya mana-mana pihak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2017 @ 4:48 PM