Azmi (tengah) melihat motosikal curi dirampas daripada suspek. FOTO Zulfa Mohamad
Azmi (tengah) melihat motosikal curi dirampas daripada suspek. FOTO Zulfa Mohamad
Zulfa Mohammad


PELAJAR sebuah kolej kemahiran berusia 16 tahun antara dua suspek kes curi motosikal yang dicekup dalam Op Lejang, Selasa lalu.

Suspek dan rakannya ditahan dalam dua serbuan berasingan ketika sedang menunggu pelanggan untuk menjual komponen motosikal.

Pelajar terbabit ditahan 1.45 pagi di Jalan Kulim, Bukit Mertajam manakala rakannya berusia 18 tahun ditahan sejam kemudian di Taman Inderawasih, Prai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Azmi Adam berkata, hasil soal siasat, pihaknya merampas empat motosikal curi, dua rangka serta komponen yang sedia untuk dijual.

Katanya, suspek terbabit dalam empat kes curi motosikal di SPU sejak tahun lalu.

"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan seorang lagi suspek yang turut terbabit dalam kegiatan curi motosikal," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah SPU, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Mei 2017 @ 1:35 PM