Dadah yang dirampas dari suspek. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Dadah yang dirampas dari suspek. FOTO Mohd Ruzaini Zulkepli
Mohd Ruzaini Zulkepli


LELAKI berusia 49 tahun ditahan polis selepas didapati miliki syabu seberat 50.38 gram bernilai RM12,000 di depan sebuah restoran berhampiran Kampung Bingkul di Beaufort, semalam.

Dalam kejadian 10 pagi itu, suspek dikatakan sedang menunggu pelanggan berhampiran dengan keretanya di kawasan berkenaan sebelum diberkas sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, pemeriksaan lanjut menemui dadah yang dibalut dengan akhbar di dalam kereta itu.

"Barang rampasan dan suspek dibawa ke IPD Beaufort untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mei 2017 @ 4:59 PM