FERI yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba
FERI yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


FERI pengangkut kenderaan karam apabila terlanggar feri lain di pengkalan feri Rambungan, Lundu, 4.30 pagi, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 pagi itu, kedua-dua feri berkenaan iaitu Feri Pantai Damai dan feri Seketi sedang membuat persediaan sebelum mengangkut kenderaan.

Difahamkan feri Seketi terlanggar feri Pantai Damai ketika bergerak.

Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Keong berkata, akibat pelanggaran itu, feri Seketi karam di tebing sungai dan separuh tengelam.

Menurutnya, ketika kejadian belum ada kenderaan atau penumpang menaiki kedua-dua feri berkenaan.

"Semua kru di kedua-dua feri berkenaan juga tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Perkhidmatan feri berkenaan menghubungkan penduduk dari Lundu-Kuching dan Kuching ke Lundu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Mei 2017 @ 12:37 PM