PETA perlumbaan Sarawak Adventure Challenge di Lundu, dua peserta Sarawak Adventure Challenge dipercayai tersesat ketika menyertai acara berkenaan di SALCRA Bajo Training Centre. FOTO Ihsan Pembaca
PETA perlumbaan Sarawak Adventure Challenge di Lundu, dua peserta Sarawak Adventure Challenge dipercayai tersesat ketika menyertai acara berkenaan di SALCRA Bajo Training Centre. FOTO Ihsan Pembaca
Mohd Roji Kawi


DUA peserta Sarawak Adventure Challenge dipercayai tersesat ketika menyertai acara berkenaan di SALCRA Bajo Training Centre, di Lundu, Kuching, hari ini.

Mereka dikenal pasti sebagai Chai Shiaw Fung, seorang wanita, manakala seorang lagi lelaki dikenal pasti sebagai Lee Swee Boon.

Bagaimanapun, umur kedua-dua mangsa masih belum dapat dipastikan.

Difahamkan, kejadian itu disedari selepas seorang daripada mangsa menghubungi talian kecemasan yang memaklumkan mereka sesat pada 10.53 pagi tadi.

Pusat kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu cuba menghubungi semula mangsa selepas itu, namun gagal.

Berikutan itu, dua pegawai kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Chong Bui Chian dan PPgB Sophi Idris yang kebetulan turut menyertai cabaran itu, terus mengetuai gerakan mencari dan menyelamat (SAR) bersama tiga anggota dari BBP Lundu serta seorang wakil pihak penganjur.

Sehingga 2 petang, kedua-dua mangsa masih belum ditemui.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 2:44 PM