penunggang mendapat minyak percuma di Putrajaya, semalam.
penunggang mendapat minyak percuma di Putrajaya, semalam.
Samadi Ahmad


Putrajaya: Program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma di Putrajaya diteruskan apabila kira-kira 600 penunggang motosikal mendapat manfaatnya, semalam.

Kali ini, sumbangan minyak petrol percuma diagihkan di stesen minyak Petronas Presint 9, di sini, yang dianjurkan Pemuda Barisan Nasional (BN) Putrajaya.

Ketua Pemudanya Ahmad Faisal Abd Karim berkata, siri keempat sumbangan itu bertujuan meringankan beban pengguna khusus penduduk berpendapatan rendah yang menetap di Putrajaya.

Menurutnya, program isi minyak percuma itu turut diadakan serentak di Kuala Lumpur dan Labuan yang dianjurkan Pemuda BN Wilayah Persekutuan.

“Program ini diadakan pada hari cuti bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang berbanding program sebelumnya pada jam 5 hingga 6 petang bagi memberi peluang pengguna datang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 5:44 AM