Guru menyusun saf murid di  Surau Al-Khauthar SK Jeram, Masjid Tanah.
Guru menyusun saf murid di Surau Al-Khauthar SK Jeram, Masjid Tanah.

Alor Gajah: Surau al-Khauthar Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, dekat sini, memerlukan RM20,000 untuk menyediakan pelbagai peralatan bagi kemudahan murid, guru dan kakitangan sekolah.

Antara kelengkapan itu ialah kabinet untuk menyimpan al-Quran dan buku rujukan agama, alat pendingin hawa, langsir dan sistem audio selain peralatan di luar surau terutama rak kasut.

Guru Besarnya Siah Kechut berkata, sejak surau itu mula digunakan pada Oktober tahun lalu, masih banyak peralatan yang belum lengkap, namun ia tidak menghalang guru, murid dan kakitangan menunaikan solat.

“Surau asal terletak di tingkat dua sebelum dipindahkan ke tingkat satu. Bagi menyediakan tempat berwuduk, kami memperoleh sumbangan RM5,600 daripada individu prihatin.

“Kami masih perlukan RM20,000 bagi melengkapkan surau ini,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, bolehlah menghubungi SK Jeram di talian 06-3848073.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Mac 2017 @ 5:44 AM