MANGSA maut di tempat kejadian.
MANGSA maut di tempat kejadian.

Petaling Jaya: Perjalanan seorang lelaki ke tempat kerja berakhir tragedi apabila maut dilanggar lari di Kilometer 5, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Bandar Utama di sini, semalam.

Dalam kejadiana jam 8.30 pagi itu, mangsa, Yunus Ahmed Fauzi, 25, dalam perjalanan untuk memulakan tugas harian.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa dipercayai dilanggar kenderaan lain yang belum dikenal pasti.

Beliau berkata, polis hanya menemui mangsa dan motosikalnya di lokasi kejadian manakala kenderaan yang melanggarnya tiada.

“Siasatan mendapati tiada kesan terbabas dan mangsa dipercayai dilanggar lari kenderaan lain,” katanya.

Mohd Zani berkata, pihaknya akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lebuh raya berkenaan bagi mengenal pasti kenderaan yang merempuh mangsa.

“Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 5:05 AM