IKA ditinggalkan ibunya dikenali sebagai Ain di Cheras Perdana, Kajang.
IKA ditinggalkan ibunya dikenali sebagai Ain di Cheras Perdana, Kajang.
Nabihah Kamal


Kajang: Seorang wanita mencari waris kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang ditinggalkan oleh ibunya di Cheras Perdana, empat tahun lalu.

Menurut Haneey Haslinda Chua, 35, ketika berniaga di gerai bersama ibunya, Siah, Mustafa, 54, dia didatangi seorang wanita warga Indonesia berusia 30-an.

“Dalam kejadian pada 2012, seorang wanita Indonesia yang memperkenalkan dirinya sebagai Ain, meninggalkan kanak-kanak perempuan berusia dua tahun bersama kami dengan alasan mahu bekerja.

“Wanita itu juga mendakwa dia tiada tempat tinggal tetap menyebabkan dia terpaksa meninggalkan anak perempuan yang diberi nama manja Ika itu bersama kami.

“Bagaimanapun, ibu kanak-kanak itu hilang selepas tinggalkan anaknya bersama kami.

“Ika sudah berusia enam tahun tetapi tidak pernah datang atau hubungi saya untuk bertanyakan tentang anaknya. Tahun depan saya ingin masukkan Ika ke sekolah, saya risau dia tiada sijil kelahiran,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2016 @ 9:20 AM