Mohd Ruslan menunjukkan salinan laporan polis dan surat perintah mahkamah.
Mohd Ruslan menunjukkan salinan laporan polis dan surat perintah mahkamah.
Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Kuantan: “Jangan kejam pada kami. Kami juga perlu menyara dan beri anak isteri makan.”

Itu luahan sekumpulan 44 pengawal keselamatan yang mendakwa tunggakan gaji mereka sebanyak RM400 sebulan tidak dibayar pada 2014 dan 2015 oleh bekas majikan iaitu syarikat keselamatan yang beribu pejabat di Kuala Terengganu, Terengganu.

Seorang pengawal keselamatan, Mohd Ruslan Sudin, 35, berkata, masalah itu terjadi apabila kerajaan menaikkan gaji minimum daripada RM500 kepada RM900 pada 2014 dan mereka masih menerima gaji sama pada tahun itu tanpa kenaikan RM400.

“Tunggakan itu kini mencecah RM280,000 dan kami menuntut hak kami dipulangkan kerana kami juga perlu menyara keluarga,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Pemilik syarikat keselamatan itu, Datuk Seri Mohd Yusoff Yunus ketika dihubungi memberitahu, kegagalan syarikatnya melunaskan bayaran tertunggak disebabkan masih menunggu pembayaran wang daripada kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 9:13 AM