FOTO Hairulazim Mahmud
FOTO Hairulazim Mahmud
Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan nama menara ikonik projek Warisan Merdeka sebagai Merdeka PNB118.

Menara setinggi 118 tingkat itu adalah yang kedua tertinggi di Asia dan kelima tertinggi di dunia apabila siap pada tahun 2020.

Fasa pertama projek itu menelan belanja sebanyak RM5 bilion yang bakal menjana pendapatan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak RM11 bilion apabila siap nanti.

Projek berkenaan terletak bersebelahan Stadium Merdeka di sini.

Dalam ucapan pelancarannya Najib berkata, projek akan menjadi salah satu simbol kebanggaan dan manifestasi kejayaan Malaysia sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Turut hadir Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Mac 2016 @ 5:38 PM