ORANG ramai  menikmati juadah yang disediakan di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 di Padang SMK Hutan Melintang.
ORANG ramai menikmati juadah yang disediakan di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 di Padang SMK Hutan Melintang.
BARISAN pemimpin mengacau dodol tanda perasmian majlis.
BARISAN pemimpin mengacau dodol tanda perasmian majlis.
NAJIB dan Zahid diberi sambutan meriah ketika tiba di  Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aildilfitri 2016, semalam.
NAJIB dan Zahid diberi sambutan meriah ketika tiba di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aildilfitri 2016, semalam.
Mohd Hafizee Mohd Arop


Bagan Datoh: Kira-kira 20,000 mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2016 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang di sini, yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, malam tadi.

Hadir sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.

Berkonsepkan pemimpin bersama rakyat, majlis anjuran Kementerian Pelancongan dan kebudayaan itu dihadiri pengunjung bukan saja dari dalam, tetapi luar negara dengan pelbagai acara dijalankan bermula jam 2.30 petang.

Majlis dibahagikan kepada tiga segmen iaitu bermula dengan pameran oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan banyak lagi.

Turut diadakan aktiviti masyarakat di padang berkenaan sebelum juadah hari raya dihidangkan kepada pengunjung bermula jam 6.30 petang.

Persembahan artis turut diadakan menampilkan antaranya Datuk Jamal Abdillah, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk M Daud Kilau, Awie, Hail Amir, Syafizan Selamat, Wan Maimunah, Ebby Yus dan Kumpulan Lock-Up.

Pelbagai menu menarik disediakan kepada pengunjung yang hadir antaranya masakan utama Perak iaitu Rendang Tok dan Nasi Ambeng yang popular di negeri ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2016 @ 9:26 AM