YUSRI (kiri) menutup muka dengan jaket selepas keluar dari kamar mahkamah.
YUSRI (kiri) menutup muka dengan jaket selepas keluar dari kamar mahkamah.

Kota Bharu: Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam mengaku tidak bersalah terhadap empat tuduhan memperdaya pegawai kewangan Kelantan membabitkan tuntutan bernilai RM290,171.

Kesalahan tertuduh membabitkan pembinaan rumah ketua jajahan, sembilan tahun lalu.

Tertuduh, Yusri Che Noh, 45, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Yusoff Yunus.

Semua kesalahan dilakukan di Pejabat Pegawai Kewangan Negeri, Perbendaharaan Kelantan di Kota Darul Naim, di sini. mengikut Seksyen 420

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM65,000 untuk empat pertuduhan dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik tertuduh diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mohd Yusoff menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mei 2016 @ 6:32 AM