SEBAHAGIAN penduduk setempat menjadikan sungai yang semakin cetek dan hampir kering akibat fenomena El Nino sebagai tempat berkelah bersama keluarga.
SEBAHAGIAN penduduk setempat menjadikan sungai yang semakin cetek dan hampir kering akibat fenomena El Nino sebagai tempat berkelah bersama keluarga.
PENDUDUK daripada Kampung Bering, Thailand sempat membawa barang makanan untuk dijual ketika orang ramai sibuk menyeberangi sungai yang semakin kering ke pekan Rantau Panjang.
PENDUDUK daripada Kampung Bering, Thailand sempat membawa barang makanan untuk dijual ketika orang ramai sibuk menyeberangi sungai yang semakin kering ke pekan Rantau Panjang.
myMetro

Kuala Lumpur: Biarpun negara sudah menerima hujan sejak seminggu lalu, namun dua kawasan di dua negeri masih mencatat suhu tinggi iaitu lebih dari 37 darjah Celsius.

Sumber Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) berkata, dua lokasi itu adalah di Kuala Krai, Kelantan dan Mersing di Johor.

“Penceparan kaji cuaca mendapati setakat jam 2 petang, Kuala Krai mencatat suhu 37.2 darjah Celsius, manakala Mersing pula 37.7 darjah Celsius.

“Suhu dicatat tinggi kerana cuaca di kawasan itu belum lembap sepenuhnya kerana taburan hujan didapati belum menyeluruh di kedua-dua negeri berkenaan,” katanya.

Menurutnya Kota Bharu, Kelantan mencatat bilangan hari tanpa hujan paling lama iaitu 25 hari selain di Pasir Mas selama 15 hari.

“Manakala, di Terengganu pula, daerah Besut juga tidak menerima hujan selama 15 hari serta 10 hari di Hulu Terengganu.

“Di Mersing, Johor dan Bentong, Pahang juga tidak menerima hujan selama 15 hari,” katanya.

Katanya, negara kini berada di fasa peralihan monsun menyebabkan beberapa kawasan di pantai barat Semenanjung, barat Sabah dan barat serta tengah Sarawak mula menerima hujan.

“Kebanyakan kawasan sudah mengalami penurunan suhu sehingga 2.0 darjah Celsius kerana keadaan cuaca yang lembap.

“Hujan dan ribut petir berlaku pada sebelah petang dan senja menjadikan cuaca lembap serta keadaan ini dijangka mengurangkan kesan suhu panas yang berlaku secara beransur-ansur,” katanya.

Pada masa sama, katanya, fenomena El Nino mulai lemah kesan penurunan suhu di kawasan tropika timur Lautan Pasifik dan dijangka neutral atau tamat Jun ini.

“El Nino yang menurun secara perlahan memberi kesan terhadap keadaan suhu dan dijangka suhu akan kembali normal.

“Buat masa ini, banyak kawasan dalam negara merekodkan suhu maksimum di bawah 35 darjah Celsius manakala penurunan suhu direkodkan sekitar 0.5 sehingga 2.0 darjah Celsius,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Mei 2016 @ 8:54 AM