ANGGOTA penguat kuasa JAIM menyoal siasat pasangan yang ditahan.
ANGGOTA penguat kuasa JAIM menyoal siasat pasangan yang ditahan.

Seorang ibu tunggal dan wanita berstatus isteri orang adalah antara 14 individu yang ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), dalam operasi khas yang dijalankan di hotel bajet di Batu Berendam, jam 2 pagi semalam.

Kedua-dua wanita terbabit ditahan selepas didapati berdua-duan bersama pasangan masing-masing ketika pemeriksaan di dalam bilik hotel hasil pemeriksaan dilakukan sepasukan anggota penguat kuasa JAIM.

Menurut sumber, janda yang mempunyai dua anak berusia 36 tahun dan pasangan didakwa sebagai tunangnya berusia 20-an memberi alasan mendaftar masuk ke hotel berkenaan untuk menghilangkan penat selepas menyaksikan perlawanan bola sepak dan berangkat pulang ke Johor Bahru pada keesokan harinya (semalam).

Pasangan itu turut merayu kepada anggota penguat kuasa JAIM agar dilepaskan kerana mereka sudah bertunang dan kini dalam proses untuk berkahwin.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Mac 2016 @ 6:57 AM