SULTAN Sharafuddin berkenan melihat minuman Milo Nutri G sambil diberi penerangan oleh Pengarah Eksekutif, Teknikal dan Pengeluaran Nestle Malaysia Berhad, Adnan Pawanteh (kanan) sambil diperhatikan  Mohamed Azmin (dua dari kanan), Pengerusi Lembaga Pengarah Nestle Malaysia Berhad, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail (kiri) dan Hofbauer.

Oleh Ayusliza Azizan

Shah Alam: Nestle Malaysia Berhad (Nestle Malaysia) melabur kira-kira RM1.5 bilion dalam perbelanjaan modal untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran dan pengedaran produknya sepanjang tempoh tujuh tahun lalu di negara ini.

Pengarah Urusannya, Alois Hofbauer berkata, kumpulan itu melabur RM600 juta dalam perbelanjaan modal yang dimanfaatkan untuk memperluaskan dan meningkatkan infrastruktur pengeluaran dalam tempoh dua tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, kami melabur RM288 juta bagi pembinaan Kilang Sri Muda untuk mengeluarkan produk minuman cecair termasuk Milo, Nescafe dan Nestle Omega Plus.

“Kilang Sri Muda mengambil kesempatan ke atas peluang pertumbuhan dalam pasaran minuman cecair yang kini berkembang pesat bagi pasaran tempatan dan juga eksport,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kilang kelapan Nestle, di sini, semalam.

Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah berkenan merasmikan dan melawat Kilang Sri Muda dan Kilang Batu Tiga yang menghasilkan produk mi segera, Mi Maggi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 8:21 AM